Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Pantai Timur bermula hari ini sehingga Khamis, 3 Januari 2019.
Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria ketika dihubungi berkata, angin kencang Timur Laut yang berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak sehingga 3.5 meter itu merbahaya kepada bot-bot kecil, reakreasi laut dan sukan laut.
Beliau berkata disebabkan keadaan itu, orang awam dan nelayan dinasihatkan agar peka dengan amaran yang dikeluarkan dan sebolehnya mengelakkan sebarang aktiviti pantai.
Nelayan khususnya yang menggunakan bot kecil diharap lebih berhati-hati keluar menangkap ikan ketika amaran masih berkuat kuasa, katanya.
Pada pukul 11.30 malam semalam (29 Dis), Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 3 Jan ini.
Amaran kategori pertama itu turut melibatkan perairan Tenggara Samui, Selatan Condore, Selatan Palawan, Pulau Layang-Layang, Tioman, Selatan Reef North, Reef South, Labuan dan Bungguran.
Sementara itu, Amaran Cuaca Waspada yang dikeluarkan pada pukul 5.30 petang, 28 Dis lepas meramalkan hujan lebat akan berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai hari ini dan esok.
Antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat di Kelantan ialah daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tumpat, Bachok dan Jeli.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 30 2018
Nelayan khususnya yang menggunakan bot kecil diharap lebih berhati-hati keluar menangkap ikan ketika amaran masih berkuat kuasa. - Gambar hiasan/Astro AWANI / Khairunnisa Kasnoon
Tumpuan Sabtu – 28 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Taufan Helene ragut enam nyawa, jutaan terputus bekalan elektrik di tenggara AS
Lebih tiga juta orang di seluruh tenggara Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik, termasuk lebih sejuta di Florida sahaja.
Pemain watak 'Prof McGonagall' dalam Harry Potter, Maggie Smith, pergi buat selamanya
Mendiang Maggie Smith menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.
Najib: Tugas Lembaga Pengarah urus dana SRC
Najib berkata beliau mempercayai BOD untuk mengendalikan hal ehwal syarikat itu kerana ia terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi.
Mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang setakat 8 malam ini.
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.
Dua pembunuh termuda di UK dipenjara seumur hidup, bunuh mangsa dengan parang
Dua pembunuh itu membunuh mangsa dengan ditikam di jantung dan mengalami patah tengkorak di padang permainan Stowlawn, Wolverhampton.
AWANI Ringkas: Affin Bank milik Sarawak | Op Global
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aktiviti perniagaan GISB di seluruh negara lumpuh
Aktiviti perniagaan melibatkan GISB di dalam negara dipercayai telah lumpuh susulan serbuan besar-besaran oleh PDRM menerusi Op Global Fasa 1 hingga Fasa 4 bermula awal bulan ini.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.