Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim

Khalis Khadir
September 28, 2024 14:00 MYT
Mohd Zaid berpandangan Ketua Hakim Negara perlu campur tangan dalam semakan hukuman kes ini kerana ia dilihat lebih teruk berbanding kesalahan merogol walhal amang seksual tidak membabitkan sebarang penembusan (penetration). -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tanpa menamakan kes secara spesifik, bekas Menteri Undang-Undang Datuk Mohd Zaid Ibrahim berasa hairan dengan hukuman terhadap seorang pendakwah yang dipenjara 24 tahun atas kesalahan amang seksual baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Zaid Ibrahim mengkritik hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas kesalahan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.
  • Beliau menyatakan bahawa hukuman itu lebih berat berbanding terhadap kesalahan rogol statutori dan mempersoalkan keputusan hakim.
  • Zaid Ibrahim menekankan perlunya peranan Ketua Hakim Negara untuk memastikan hukuman yang lebih seimbang dan adil dalam kes-kes seperti ini.

Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.
“Saya tidak tahu bahawa tuduhan serangan seksual boleh membawa hukuman penjara selama 24 tahun! Itu lebih serius daripada kesalahan rogol statutori.
“Adakah (keputusan) hakim mahkamah sesyen ini betul? Saya tidak fikir begitu.
"Serangan (amang) seksual seperti menyentuh bahagian yang dilarang. Adakah ia melibatkan sebarang kemasukan (penetration)?
"Mangsa adalah seorang remaja tetapi dia berumur 17 tahun, hampir dewasa. Adakah terdapat persetujuan?
"Tertuduh adalah seorang pendakwah, tetapi hukuman seorang pendakwah agama juga mesti sesuai dan sepadan dengan kesalahan tersebut.
"Dia menghadapi tuduhan atas dua kesalahan dan hukuman dijalankan secara berturut-turut! Ya ampun,” katanya dalam satu kenyataan di laman X pada Sabtu.

What is sexual assault? I did not know that the charge of sexual assault can attract a prison sentence of twenty-four years! That's more serious than an offence of statuary rape Does this session court judge get it right? I don't think so. Sexual assault is like touching the

— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) September 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi memastikan hukuman bersifat lebih seimbang dan adil, Zaid mendakwa peranan Ketua Hakim Negara sangat diperlukan terutama apabila ia membabitkan situasi seperti ini.
“Itulah sebabnya kita memerlukan Ketua Hakim sekarang lebih dari sebelumnya. Dia boleh mengarahkan semakan semula hukuman. Dia boleh mengawasi kelakuan hakim mahkamah rendah jika ada yang tidak kena.
“Saya tahu bahawa seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh mengarahkan semakan, tetapi biasanya perkara seperti ini adalah untuk Ketua Hakim campur tangan,” ujarnya.
Pandangan Zaid itu dipercayai merujuk kepada kes membabitkan pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman yang dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat.
Ia selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas
#Zaid Ibrahim #amang seksual #penjara 24 tahun #Ketua Hakim Negara
;