Amalkan 7 susu ini untuk ibu hamil

Pa and Ma
Ogos 28, 2021 12:00 MYT
Apa yang penting, ibu mengandung perlu sentiasa mengawal pengambilan makanan yang seimbang dan sihat serta bersenam. - Gambar hiasan
ADA yang mengatakan susu untuk ibu hamil penting sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi apakah jenis susu untuk ibu mengandung yang sesuai? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Susu untuk ibu hamil

Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah penting.

Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.

Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. Ada kajian mengatakan ibu hamil memerlukan lebih 1,000 miligram kalsium setiap hari.

Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung.

Amalan meminum susu untuk ibu mengandung memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi ibu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak kerana kandungan iodine dalam susu berfungsi untuk tumbesaran otak bayi.

Ini antara jenis-jenis susu untuk ibu hamil yang pernah dikongsi dalam Hello Doktor.

Jenis-jenis susu untuk ibu hamil

1. Susu lembu

Merupakan antara susu kegemaran kebanyakan individu. Lebih menarik lagi, ia boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa seperti coklat, strawberi mahupun kurma.

Kandungan nutrisi:

Mengandungi vitamin D yang dapat mengurangkan risiko diabetes bagi ibu hamil dan membantu aspek perkembangan bayi dalam kandungan
  • Vitamin E yang terkandung di dalam susu ini menawarkan fungsi antioksidan dan dapat mengurangkan risiko penyakit
  • Mempunyai kandungan kalsium yang tinggi
  • Vitamin A dalam susu ini membantu perkembangan tisu badan dan sistem imunisasi bayi
  • 2. Susu soya

    Susu jenis ini tidak mengandungi lemak dan tinggi dengan serat serta kalsium. Tahap kandungan protein bagi susu soya adalah sama seperti susu lembu.

    Kandungan nutrisi:

    3. Susu kambing

    Ia boleh didapati dalam bentuk keluaran secara organik, UHT ataupun susu segar.

    Kandungan nutrisi:

    4. Susu badam

    Seperti namanya, susu ini diperbuat daripada kacang badam (almond) dan air. Kebiasaannya, bagi individu yang tidak menggemari susu soya, susu badam merupakan pilihan yang terbaik.

    Kandungan nutrisi

    5. Susu oat

    Antara pilihan susu baik untuk ibu mengandung kerana ia dikatakan dapat membantu mencegah masalah sembelit yang kebiasaannya menjadi antara isu yang sering dialami oleh wanita hamil.

    Susu oat juga dipercayai dapat mengawal rasa lapar, membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah serta berkeupayaan untuk menyalurkan oksigen dengan secukupnya ke dalam sel-sel badan.

    Kandungan nutrisi

    6. Susu beras

    Jenis susu terakhir yang sesuai untuk ibu mengandung adalah susu beras.

    Sudah tentu sumber utama penghasilan susu ini adalah beras yang dicampurkan dengan air. Namun, susu jenis ini dikatakan tidak sesuai dijadikan susu untuk ibu mengandung yang menghidapi penyakit diabetes.

    Ini adalah kerana kandungan karbohidratnya adalah 4 kali ganda berbanding susu lembu.

    Kandungan nutrisi

    Mungkin ada kalangan ibu yang sedang hamil bimbang untuk meminum susu kerana khuatir bayi di dalam kandungan akan bersaiz besar (macrosomia). Namun hakikatnya, pengambilan susu bukanlah faktor yang menjadi punca kepada kekhuatiran tersebut.

    Ini kerana antara punca yang dikenal pasti berkait rapat dengan bayi macrosomia atau dirujuk sebagai bayi yang lahir dengan berat melebihi 4 kilogram adalah seperti kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin, ibu hamil menghidap kencing manis ataupun kenaikan berat badan yang berlebihan ketika hamil.

    Apa yang penting, ibu mengandung perlu sentiasa mengawal pengambilan makanan yang seimbang dan sihat serta bersenam.

    Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.


    ** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

    #hamil #susu #khasiat #bayi
    ;