Amah mati didera: Majikan direman tujuh hari
Dewi Nur Harasha Alias
Februari 13, 2018 12:19 MYT
Februari 13, 2018 12:19 MYT
Polis hari ini membawa wanita warga emas yang juga majikan kepada pembantu rumah warga Indonsia yang mati dipercayai didera ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Wanita berusia 60 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi dengan kenderaan polis.
Perintah reman terhadap wanita itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 19 Februari bagi membantu siasatan kematian pembantu rumahnya.
Sebelum ini, dua anak wanita berkenaan telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes sama.
Pada Ahad, Adelina, meninggal dunia disyaki didera majikannya di sebuah rumah di di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam.
Wanita itu ditemui sedang duduk di kawasan luar pagar rumah majikannya oleh seorang wartawan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.