Alvin Goh direman 21 hari di bawah POCA
Hakim Rahman
Oktober 31, 2020 11:35 MYT
Oktober 31, 2020 11:35 MYT
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh, direman 21 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.
Katanya permohonan reman dibuat di dalam Lokap Bersepadu Kuala Lumpur Jinjang pagi tadi.
Awal pagi Selasa lalu, Alvin ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Suspek dikesan sering bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.
Suspek bersembunyi di sebuah residensi bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.
#Macau Scam
#Alvin Goh
#SPRM
#PDRM
#pengubahan wang haram
#akta pencegahan jenayah
#POCA
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid