Alumni Pelajar Kelantan tubuh jawatankuasa khas pantau keselamatan pelajar Malaysia di Mesir

Astro Awani
Ogos 19, 2013 08:03 MYT
Satu jawatankuasa khas bagi memantau keselamatan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir ditubuhkan Alumni pelajar Kelantan di Mesir.
Antara lain, jawatankuasa turut membantu pelajar Malaysia mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas semasa keadaan meruncing di sana.
Jawatankuasa juga dibentuk bersama pelajar lepasan universiti di Asia Barat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir, Syafie @ Suhaimi Sulaiman berkata, pelajar Malaysia di Mesir ketika ini amat bimbang akan keselamatan sehingga membantut hasrat mendapatkan bekalan makanan di luar rumah.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang disediakan.
#Alumni #Ikatan Pelajar Mesir #Malaysia #pelajar
;