Alumni La Salle perkukuh perpaduan melalui perayaan

Hilmi Malik
Januari 24, 2020 15:29 MYT
Alumni pelajar SK La Salle, Petaling Jaya bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Semangat perpaduan dan persahabatan yang menebal sejak di bangku persekolahan menjadi rahsia sekumpulan alumni pelajar Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya masih utuh bersama terutamanya ketika musim perayaan.
Tidak kira sama ada perayaan apa sekalipun mereka pasti ‘mencuri masa’ untuk berkumpul besama meskipun dari latar belakang agama yang berbeza.
Segalanya bermula di alam persekolahan berbekalkan semangat perpaduan yang mendalam terus menghubungkan mereka sehingga ke hari ini walaupun telah meninggalkan alam persekolahan hampir 30 tahun.
Tidak memandang perbezaan merupakan prinsip dan tunjang utama yang menemukan kesemua mereka dengan pelbagai latar belakang kerjaya.
Keakraban yang dipamerkan sekumpulan sahabat ini jelas menonjolkan unik dan lengkapnya negara Malaysia sebagai sebuah negara harmoni tanpa sebarang persengketaan yang harus dicontohi oleh masyarakat.
#CNY #Malaysia #perpaduan kaum #SK La Salle #Tahun Baharu Cina
;