Allaudeen dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

Sinar Harian
Ogos 14, 2023 15:54 MYT
Azri (kiri) memakaikan pangkat pada Allaudeen yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Isnin.
Allaudeen menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.
Azri mengucapkan tahniah kepada Mohd Shuhaily atas perkhidmatan cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.
"Saya yakin, sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan Polis Kuala Lumpur, beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.
"Semoga pertukaran beliau ke tempat baharu selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan memberikan lebih peluang untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus menempa kejayaan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
#Allaudeen Abdul Majid #pelantikan #Ketua Polis Kuala Lumpur #Mohd Shuhaily Mohd Zain
;