Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan, sempat berpesan kepada ibunya supaya menjaga diri.
Ibunya, Hawa Osman, 54, berkata anak sulung daripada empat beradik itu berpesan demikian ketika dihubungi baru-baru ini ekoran tidak dapat pulang ke rumah bagi menyambut Ramadan.
"Ketika itu, saya dengar suara Allahyarham seperti kurang sihat, namun, Allahyarham mengatakan bahawa dia sihat. Dia suruh saya jaga diri," katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini semalam.
BACA: Jenazah penuntut UPNM mati didera selamat dikebumikan
Hawa yang merupakan pembantu tadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, di sini, berkata pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia.
Menurutnya kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada kira-kira tiga minggu lepas iaitu di majlis kenduri perkahwinan seorang saudara mereka.
Katanya Allahyarham Zulfarhan Osman juga ada memintanya membelikan baju Melayu berwarna kelabu bagi menyambut Aidilfitri.
"Saya sudah membeli pakaian itu termasuk untuk adik beradiknya sekali. Biasanya Allahyarham akan pulang ke rumah (Bandar Uda Utama) dua hari sebelum Aidilfitri," katanya yang menyifatkan Allahyarham Zulfarhan Osman sebagai anak yang mengambil berat terhadap kedua ibu bapa.
Hawa berkata jenazah Allahyarham Zulfarhan Osman dikebumikan di sebelah kubur Allahyarham datuknya, Idrus Kayat dan ibu saudara, Rosyatimah Kayat.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berikutan itu, polis menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional bagi membantu siasatan lanjut.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 9.30 malam semalam.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2017
Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh malam semalam sewaktu pengkebumian Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. - Bernama
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.