Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel

Farhana Joni
November 8, 2020 17:23 MYT
Esma Daniel turut terkesan dengan pemergian mangsa nahas helikopter, Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi. - Gambar Facebook Esma Daniel.
KUALA LUMPUR: Rancangan Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang, untuk terbabit dalam pembikinan sebuah filem berkaitan penerbangan tidak kesampaian.
Perkara itu didedahkan pelakon Esma Daniel, yang terkejut apabila mengetahui berita nahas yang berlaku kira-kira 11.20 pagi Ahad itu.
BACA: Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati
Pengarah filem Zaiton: Ceritaku itu berkata, beliau dan Allahyarham berbincang pada Ogos lalu untuk bersama-sama menjayakan pembikinan filem berkenaan.
Sumber Facebook esmadaniel2010
BACA: Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sahkan identiti dua mangsa maut
"Arwah sangat teruja dan dalam masa sama saya akan menyediakan naratif cerita bagi menghasilkan sebuah filem aviation (penerbangan).
"Namun PKPB menjadikan sedikit sebanyak melambatkan usaha yang hendak dilaksanakan," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya pada Ahad.
BACA: Nahas Helikopter Taman Melawati: Ahmad Jauhari beri keterangan kepada polis
Jelas Esma lagi, Allahyarham Mohd Irfan juga dikenali sebagai individu pertama yang menerbangkan dron di Malaysia.
"Semoga arwah disemadikan bersama para syuhada. Salam takziah daripada saya buat keluarga dan rakan-rakan beliau. Al-Fatihah," katanya.
BACA: Nahas helikopter Taman Melawati: Abang tahu adik terlibat nahas daripada gambar tular
#Esma Daniel #helikopter #Nahas #Taman Melawati #penerbangan #helikopter terhempas #tragedi helikopter #Mohd Irfan Mohamed Rawi
;