Allahyarham Azli Paat selesai dibedah siasat
Astro Awani
Februari 7, 2013 13:05 MYT
Februari 7, 2013 13:05 MYT
Menurut penyampai Astro Awani, Nazri Kahar yang berada di Hospital Selayang, jenazah Allahyarham Azli Paat kini masih berada di dalam wad forensik untuk urusan bedah siasat.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Peserai Batu Pahat untuk urusan pengebumian sejurus selesai solat jenazah.
Ikuti akaun Twitter Nazri Kahar untuk perkembangan terkini urusan pengebumian pakar ICT, Azli Paat.
Allahyarham meninggal dunia pada petang Rabu akibat demam panas.