Ibu saudara mangsa, Azean Suhailey Ramley, 42, bagaimanapun, tetap bersyukur apabila jasad anak saudaranya itu akhirnya ditemui selepas pencarian selama tiga hari.
"Allah pinjamkan kami Hud Aryan selama 19 bulan," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, semua persoalan mengenai kehilangan anak saudaranya itu juga terjawab.
"Alhamdulillah, Hud Aryan ditemui," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui pada jam 4.30 petang dalam pencarian fasa kedua dan disahkan meninggal dunia.
Menurut beliau, pihaknya percaya kanak-kanak berkenaan jatuh ke sungai berdekatan kediaman neneknya.
"Mangsa lengkap berpakaian dan ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian," katanya.
Jelas beliau, setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Sinar Harian
