Aliran trafik perlahan di Lebuhraya PLUS arah utara

Fareez Azman
Januari 2, 2023 15:03 MYT
Menurut ciapan di Twitter PLUS pada Isnin, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan PLUS mulai bergerak perlahan dari KM 85.2 Utara dari Sungai Petani ke Gurun.
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara bergerak perlahan pada petang Isnin.
Menurut ciapan di Twitter PLUS pada Isnin, aliran trafik di lebuh raya berkenaan mulai bergerak perlahan dari KM 85.2 Utara dari Sungai Petani ke Gurun.
Manakala aliran trafik perlahan dari Pedas Linggi arah Utara ke Seremban turut perlahan.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam ciapan di Twitter turut melaporkan aliran trafik perlahan di Kedah ke Perak.
Ia melibatkan laluan dari Perai ke Juru Utara, Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Simpang Pulai ke Gopeng dan Gopeng ke Tapah.
Dijangkakan aliran trafik meningkat apabila jutaan kenderaan akan memasuki Lebuhraya PLUS untuk pulang semula ke ibu kota selepas cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu.
PLUS sebelum ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan iaitu pengguna dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor dicadang memulakan perjalanan sebelum 10 pagi.
Manakala bagi pengguna ke negeri-negeri lain pula antara 12 tengah hari sehingga 4 petang.
Manakala pengguna dari Utara dan Selatan tanah air dinasihatkan memulakan perjalanan ke ibu kota sebelum jam 10 pagi.
#Lebuhraya PLUS #Utara #selatan #trafik #kenderaan
;