Aliran trafik lancar di lebuh raya utama setakat 8 malam ini

Bernama
April 19, 2023 21:24 MYT
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 8 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 8 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari ibu negara menghala ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah lancar.
"Trafik hanya perlahan dari arah utara, dari Tapah ke Gopeng disebabkan peningkatan kenderaan dan hanya lancar di Jalan Persekutuan," katanya.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik bergerak perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak arah Kuantan, Pahang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
#aliran trafik #lebuh raya utama #PLUS Malaysia Berhad #Aidilfitri
;