Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama malam ini

Bernama
Februari 11, 2024 22:26 MYT
Jurucakap LLM berkata aliran trafik dari arah utara menuju ke ibu negara iaitu dari Sungai Jawi hingga ke Bukit Merah masih lancar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar setakat 8 malam ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara menuju ke ibu negara iaitu dari Sungai Jawi hingga ke Bukit Merah masih lancar.
"Di Plaza Tol Juru, aliran trafik lancar di kedua-dua arah, namun trafik bergerak perlahan di kawasan mendaki dari Tapah ke Bidor dan di Tanjung Malim menuju ke arah Selatan hingga ke Rawang, akibat pertambahan kenderaan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik tinggi ke arah Utara dari Simpang Ampat ke Seremban.
Beberapa laluan Smartlane yang diaktifkan di beberapa lebuh raya utama juga telah ditutup berikutan aliran trafik yang semakin berkurang.
-- BERNAMA
#PLUS #aliran trafik #masih lancar #lebuh raya utama
;