Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya menghala keluar dari Lembah Klang

Bernama
Jun 29, 2023 10:45 MYT
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang lancar setakat pukul 8.30 pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang lancar setakat pukul 8.30 pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan hanya berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah menghala ke Gopeng, Perak.
"Lain-lain laluan seperti lebuh raya menghala ke pantai timur antaranya Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 berada dalam keadaan lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jurucakap berkenaan menasihatkan orang ramai agar mematuhi cadangan jadual perjalanan balik kampung yang dikeluarkan.
- BERNAMA
#lebuh raya utama #PLUS #aliran trafik lancar #hari raya aidiladha
;