Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan
Bernama
September 25, 2019 10:37 MYT
September 25, 2019 10:37 MYT
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ibu negara sesak lebih lima kilometer susulan kemalangan sebuah lori dan empat buah kereta hari ini.
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.
Pemandu lori, V.Ramesh, 32, berkata kemalangan itu berlaku apabila lori dipandunya terbabas selepas salah satu tayar pecah.
"Saya dan kelindan dalam perjalanan ke Seremban dan tiba-tiba tayar pecah.... memang tidak dapat kawal lori.
"Saya telah brek beberapa kali tapi gagal memberhentikan lori menyebabkan kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang terbabit kemalangan masih dijalankan.
-- BERNAMA
#air mineral
#empat kereta
#kemalangan
#kemalangan jiwa
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
#Lori
#sesak
#terbabas
#trafik