Alif Satar positif COVID-19: Kemungkinan jangkitan di luar lokasi persembahan - Ismail Sabri
Rahimah Abdullah
November 23, 2020 18:14 MYT
November 23, 2020 18:14 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti sama ada jangkitan COVID-19 melibatkan seorang artis tanah air berlaku semasa persembahan atau di luar lokasi persembahan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, besar kemungkinan artis berkenaan dijangkiti di luar persembahan yang dihadirinya.
"Mengenai seorang artis difahamkan positif semalam, KKM sedang teliti sama ada positif itu berlaku semasa dia buat persembahan atau berlaku di luar.
"Maknanya dia dalam kawasan PKPB, KKM akan nilai jangkitan di dalam atau luar, namun besar kemungkinan jangkitan di luar dan bukan dalam persembahan," katanya dalam sidang media mengenai PKPB di sini pada Isnin.
Tambahnya, dari segi penangguhan persembahan hiburan sebagainya, perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Ini kerana hiburan ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan ia akan dibawa ke kementerian itu sama ada untuk ditimbang untuk ditangguh," ujarnya lagi.
Pada Isnin, selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain ibu dan ayah penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.
#Alif Satar
#positif
#COVID-19
#Menteri Kanan Pertahanan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#ismail sabri yaakob