Ali Rustam angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh
Bernama
Jun 5, 2020 10:35 MYT
Jun 5, 2020 10:35 MYT
Tun Mohd Ali Rustam hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu bermula kira-kira 10.10 pagi ini.
Mohd Ali, 70, yang juga Ketua Menteri Melaka Kesembilan diiringi isterinya Toh Puan Asmah Abdul Rahman, 64.
Terdahulu, pengisytiharan jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.
Mohd Ali kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat cara sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka.
#ayer keroh
#Balai Istiadat
#Mohd Ali Rustam
#Seri Negeri
#Surat Cara Sumpah Jawatan
#Yang di-Pertua Negeri Melaka