'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'

Sinar Harian
September 4, 2018 10:14 MYT
Gambar Mohamad bersama Abdullah. -Foto Facebook Mohamad Hasan
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih berada dalam keadaan yang sihat.
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menerusi pertemuannya dengan Pak Lah semalam, ternyata beliau dalam keadaan bersemangat dan gembira.
"Jumpa Pak Lah di rumah beliau di Sungai Pencala. Alhamdulillah Pak Lah sihat dan masih bersemangat nak melihat orang Melayu bersatu padu," kongsinya di Facebook.
Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa Pak Lah kini kurang sihat dan kelihatan agak tenat.
#Abdullah Ahmad Badawi #Mohamad Hasan #nazak #Perdana Menteri #Sungai Pencala #UMNO