Alhamdulillah, kembali kerja hari ini - Najib

Astro Awani
Januari 7, 2015 14:28 MYT
NAJIB: Alhamdulillah, kembali kerja hari ini - Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas hari ini selepas dinasihatkan bercuti rehat oleh doktor berikutan terkena jangkitan bakteria Escherichia coli (E.coli) pada Isnin.
Najib turut menulis di laman Twitternya mengenai perkembangan itu dan memulakan tugas dengan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Alhamdullilah, kembali kerja hari ini.Tkasih kpd smua termasuk rakan2 online yg tlh doa bersama ucapan2 cepat sembuh pic.twitter.com/xggym6Psdh

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya sambil memberitahu agenda mesyuarat kebinet hari ini tertumpu kepada isu berkaitan banjir.
"Agenda utama mesyuarat Kabinet hari ini adalah membincangkan isu berkaitan banjir dan usaha untuk membantu mangsa banjir yang terjejas," katanya dalam laman Twitternya.
Dalam pada itu, Najib turut memuatkan gambar beliau dan beberapa menteri kabinet, termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Agenda utama mesyuarat kabinet banyak membincangkan isu berkaitan dengan banjir dan usaha utk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin, laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia) memaklumkan Najib terkena jangkitan bakteria E.coli semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini dan dinasihatkan doktor supaya berehat.
Bagaimanapun, Najib dalam tweetnya kemudian menyatakan beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir walaupun sedang berehat di rumah.
#banjir #ecoli #kabinet #mesyuarat #najib #Sembuh
;