'Alhamdulillah Ainul semakin pulih'

Keluarga
Ogos 7, 2022 11:30 MYT
Keadaan Ainul Mardhiah, 4 tahun, yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut iaitu 'Germ Cell Tumor', dilaporkan bapanya dalam keadaan baik dan telah sedar 100%. - Foto Facebook/Ahmad Safiuddin
SEJAK seminggu lalu, digemparkan dengan berita yang mengejutkan satu Malaysia apabila Ainul Mardhiah dikejarkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal
Buat yang tertanya-tanya keadaan terkini, ini keadaan Ainul Mardhiah menurut bapanya Ahmad Safiuddin di akaun Facebook miliknya.
"Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya.
"Ventilator dah tutup, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik. Sehingga bila, itu terpulang pada doktor. Doktor lebih tahu.
"Asalkan Ainul sihat saja.
"Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah. Orang seperti Ainul ini sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah.
"Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.
"Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di manalah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ini.
"Semoga Allah SWT lapangkan rezeki kalian dan dicukupkan semuanya.
"Azam lepas ni kita derma darah ramai-ramai ya. Nampak macam remeh, tapi percayalah besar pahalanya sebab dapat bantu orang yang memerlukan.
"Membantu dan memberi pertolongan tidak semestinya dengan wang ringgit." - Keluarga
#Pulih #Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin #ketumbuhan dalam mulut #bacaan darah normal
;