Alga 'bersinar': Potensi unik sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Isabelle Leong, Amanda Ho
Disember 29, 2017 10:34 MYT
Fotosintesis bukan sahaja dapat mengumpulkan tenaga elektrik, ia juga dapat menangkapkan pelepasan CO2 yang merupakan sumbangan pemanasan global.

"OUR system is renewable, is sustainable and it has three functions, so I think that is the novelty of our device".

Ini adalah salah satu potensi kegunaan alga sebagai sumber tenaga yang dikaji oleh Profesor Universiti Malaya (UM) Phang Siew Moi kepada AWANI REVIEW.
Profesor UM Phang Siew Moi telah bekerjasama dengan Dr Adrian Fisher dari Universiti Cambridge, UK, dan ahli kumpulan penyelidikan dari UM termasuk Prof Madya Dr Vengadesh Periasamy, Dr Ng Fong Lee dan Muhammad Musoddiq Jaafar.
Beliau telah menjalankan kajian untuk mencari sumber tenaga baharu dengan menggunakan alga yang terdapat dalam air kumbahan terutamanya di kilang minyak kelapa sawit yang terletak di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
Phang juga berkongsi hasil kajian kumpulan penyelidikannya - antara lain mengenai proses pembentukan prototaip sel bahan bakar mikrobio bersepadu dengan memanfaatkan alga tersebut untuk menjana tenaga elekrik.
Menurutnya, fotosintesis bukan sahaja dapat mengumpulkan tenaga elektrik, ia juga dapat mengawal kesan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang merupakan sumbangan pemanasan global.
Hasil penyelidikan itu telah berjaya meraih anugerah antarabangsa, Newton Prize.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul UM Basks in the ‘Electrifying’ Green Glow Generated by Algae.
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kajian tersebut.
#Adrian Fisher #alga #AWANI Review #Kajian #Muhammad Musoddiq Jaafar #Ng Fong Lee #pemanasan global #penyelidikan #Phang Siew Moi #Sabah #Sarawak #sumber tenaga #Universiti Cambridge #universiti malaya #Vengadesh Periasamy
;