Al Jazeera tiada lesen hasilkan dokumentari kontroversi - FINAS

Astro Awani
Julai 20, 2020 13:04 MYT
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013).
Syarikat media antarabangsa Al Jazeera tiada Lesen Pengeluaran Filem dan tidak membuat permohonan Surat Perakuan Penggambaran bagi penggambaran dokumentari kontroversi berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyebut, itu adalah hasil siasatan pihaknya yang dilakukan selepas dokumentari berkenaan disiarkan.
"Justeru, FINAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera (M) International Sdn. Bhd.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) kerana menjalankan aktiviti perfileman iaitu menjalankan aktiviti pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen yang sah daripada FINAS," kata kenyataan itu.
#Al Jazeera #dokumentari #filem #FINAS #Malaysia #Media #PDRM #polis #Polis Diraja Malaysia #siasatan #tanpa kebenaran