'Aku potong semua ...!'

Sinar Harian
Ogos 14, 2020 18:39 MYT
Kamaluddin Lukman, 25 tahun, didakwa mengugut secara lisan, "aku potong semua" sambil menghayun parang ke arah bapanya, Lukman Mydin, 54, dan abangnya, Kamaruddin Lukman, 25, di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam. - Foto Agensi
Seorang pekerja di kedai telefon mengaku tidak bersalah Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini terhadap pertuduhan mengugut bapa dan abang kandungnya, pada 11 Ogos lalu.
Kamaluddin Lukman, 25 tahun, didakwa mengugut secara lisan, "aku potong semua" sambil menghayun parang ke arah bapanya, Lukman Mydin, 54, dan abangnya, Kamaruddin Lukman, 25, di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam kira-kira jam 3.30 petang, 11 Ogos lalu.
Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan kes pada 9 September depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
#Kamaluddin Lukman #Kamaruddin Lukman #Lukman Mydin #Majistret Ayer Keroh #Mohamad Izwan Mohamed Noh #pekerja kedai telefon #penjara #Raudhah Mazman
;