Tiga persatuan hotel hari ini menandatangani aku janji bersama-sama Kementerian Sumber Manusia untuk tidak menetapkan sebarang polisi yang melarang pekerja wanita hotel memakai tudung.
Tiga persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA), yang mewakili lebih 3,000 hotel di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, melalui aku janji itu, semua hotel berkenaan diharap mematuhi semua syarat yang telah dipersetujui termasuk berhubung larangan bertudung.
"Kementerian amat berbesar hati dengan kesungguhan mereka yang terlibat dalam memastikan hak-hak pekerja tidak didiskriminasikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani aku janji itu di sini, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan diskriminasi terhadap pekerja.
Ismail berkata pemeriksaan berkanun terhadap para majikan sektor perhotelan akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa bagi memantau komitmen pihak hotel khususnya bagi memastikan tiada larangan pekerja wanita bertudung di tempat kerja.
Sejak Disember tahun lepas, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di lebih 600 hotel untuk memastikan tiada diskriminasi dalam pemakaian tudung dalam kalangan pekerja wanita Islam, katanya.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) juga akan mengadakan beberapa sesi dialog dengan para Pengurus Sumber Manusia sektor perhotelan di seluruh negara.
"Ini bertujuan untuk menjelaskan dan mendapatkan komitmen mereka agar polisi larangan bertudung pekerja wanita dan isu diskriminasi lain di sektor perhotelan tidak termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) mereka," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia mendedahkan sebanyak 13 hotel telah menetapkan dasar yang melarang pekerja wanita bertudung membabitkan bahagian tertentu khususnya di bahagian makanan dan minuman serta bahagian hadapan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018

Ismail Abd Muttalib berharap semua hotel yang bernaung di bawah tiga persatuan terlibat patuh dengan semua syarat yang dipersetujui.-foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.

Nigeria denda Meta AS$220 juta atas amalan diskriminasi
Meta Platforms dan WhatsApp didenda sebanyak AS$220 juta kerana didakwa mengamalkan diskriminasi dan melanggar undang-undang Nigeria.

Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan
Kira-kira satu daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mendakwa mereka didiskriminasi kerana faktor usia, menurut satu kajian di United Kingdom (UK).

Badan pemerhati AS saman Tesla atas dakwaan perkauman
Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Tesla atas dakwaan perkauman terhadap pekerja kulit hitam di kilang pemasangan di California.

UNSC terima resolusi beberapa bentuk ucapan sebabkan konflik
Apabila ideologi perkauman dan pelampau dibiarkan tanpa ditangani, kebencian ini akan terus berlarutan.

ACWW lulus beberapa resolusi dalam persidangan hari ini
Persidangan Wanita Desa Sedunia sebulat suara meluluskan beberapa resolusi di hari kedua persidangan tiga tahun sekali ke-30 hari ini.

Tesla diarah bayar RM14 juta pada bekas pekerja berkulit hitam
Tesla diarah bayar RM14 juta pada bekas pekerja berkulit hitam

Diskriminasi kaum dikaitkan dengan peningkatan risiko kelahiran bayi pramatang
Kadar kematian ibu dalam kalangan wanita kulit hitam dan Orang Asli di AS adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada wanita kulit putih.

Ketua PBB beri amaran terhadap stigma, diskriminasi di Internet, media sosial
Masyarakat dunia sangat mudah terdedah kepada stigma, diskriminasi dan konspirasi.