Aktiviti sukan air dalam kolam renang dibenarkan, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Hasimi Muhamad
Jun 19, 2020 14:47 MYT
Jun 19, 2020 14:47 MYT
Orang ramai yang rindu kepada aktiviti sukan air dan kolam renang sudah boleh menghela nafas lega apabila kerajaan hari ini membenarkan semula aktiviti tersebut berkuat kuasa 25 Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Jumaat.
Berikut lima tumpuan dalam sidang media Ismail Sabri pada Jumaat (19 Jun):
1. Seramai 910 pendatang tanpa izin (PATI) dan 158 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus.
2. Mesyuarat Khas pada Khamis bersetuju untuk membenarkan aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat membeli belah dibenarkan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.
3. Ekspatriat Kategori EP1, Professional Visit Pass dan Residen Pass Talent yang melibatkan pengurusan tertinggi seperti Pengarah Urusan Syarikat, dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu
4. Ekspatriat Kategori EP2 dan EP3 pula, Jabatan Imigresen Malaysia sedang membuat pertimbangkan bagi proses kemasukan semula ke Malaysia
5. Kerajaan membenarkan pembukaan semula sektor sukan air dalam kolam renang untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal, dan di tempat terkawal berkuatkuasa 25 Jun ini.
#COVID-19
#Ekspatriat
#haram
#ismail sabri yaakob
#Jabatan Imigresen Malaysia
#kerajaan
#keselamatan
#pati
#ruang legar pusat beli belah
#sektor sukan air