Aktiviti masyarakat Lahad Datu berjalan seperti biasa

Bernama
Mac 3, 2013 08:07 MYT
Aktiviti masyarakat di Lahad Datu hari ini berjalan seperti biasa walaupun terdapat sebilangan kecil kedai yang tutup.
Tinjauan Bernama sejak pukul 8 pagi tadi mendapati banyak kedai, termasuk restoran dikunjungi oleh orang ramai, khususnya yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.
Ketika ditemui di sebuah pasar raya besar di sini, Sapardi Sanang, 41, berkata beliau mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membawa keluarga berbelanja.
Ditanya mengenai pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, yang terletak di kawasan terpencil kira-kira 130 kilometer dari sini, Sapardi berkata beliau yakin pasukan keselamatan negara dapat mengawal keadaan bagi memastikan masyarakat di situ menjalani kehidupan seharian dengan aman.
#Lahad Datu #Masyarakat