Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi membuat laporan polis terhadap empat kakitangan syarikat pengurusan yang dilantik susulan pembocoran maklumat peribadi dan fail milik pelanggan PPIM.
Yusuf yang juga Pengurus Syarikat Risk Group Management and Consultancy itu berkata laporan polis dibuat terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu selepas disyaki terdapat elemen sabotaj mengambil dan memberikan dokumen terbabit kepada pihak tertentu.
"Kami tidak pasti apakah tujuan mereka membocorkan maklumat akaun peribadi saya, dokumen rahsia dan fail milik pelanggan syarikat berkaitan kes Ah Long.
"Ia mungkin bertujuan untuk menjatuhkan imej saya, syarikat pengurusan ini atau PPIM," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata keempat-empat individu berkenaan telah bekerja dengan syarikat pengurusan tersebut sejak dua bulan hingga setahun lalu.
"Kami sedang mengumpulkan bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Yusuf berkata laporan polis turut dibuat susulan kekacauan yang didakwanya ditimbulkan sekumpulan samseng di pejabat PPIM di Jalan Tun Ismail pada Khamis lepas.
"Ia disyaki telah dirancang rapi kerana kami mendapati wayar CCTV dipotong pada hari kejadian, " katanya.
Katanya kira-kira 30 orang yang menceroboh pejabatnya telah menimbulkan kekecohan termasuk menendang meja dan melarikan beberapa dokumen milik pelanggan syarikat.
Kumpulan itu dipercayai datang bersama seorang wanita yang mendakwa sejumlah wangnya yang telah diserahkan kepada PPIM untuk dibayar kepada ceti haram didakwa telah diseleweng oleh persatuan itu.
Yusuf bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan PPIM menurutnya sedang berusaha untuk menjelaskan dan menyelesaikan perkara itu secara profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Yusuf Azmi (kiri) pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. --fotoBERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.