Aktivis Adam Adli bebas dari dakwaan sertai perhimpunan haram
Astro Awani
November 28, 2017 18:36 MYT
November 28, 2017 18:36 MYT
Aktivis Adam Adli Abdul Halim telah dibebaskan dan dilepaskan majistret Kuala Lumpur hari ini berikutan penyertaannya dalam perhimpunan #KitaLawan dua tahun lepas.
Dia telah didakwa dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai protes jalanan dari sebuah pusat membeli belah Sogo melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di KLCC pada 28 Februari tahun itu.
"Saya berharap keputusan ini akan menjadi contoh kepada mereka yang didakwa di bawah akta ini," katanya yang menyifatkan keputusan mahkamah mengejutkan.
Menurut laporan The Malaysian Insight, dia diwakili peguam Latheefa Koya.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kegagalan pendakwa raya untuk membuktikan kes prima facie terhadap Adam Adli.
Pada tahun lepas, Adam Adli pernah mencabar dakwaan terhadap dirinya di Mahkamah Persekutuan.
Dia turut mempersoalkan sama ada Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 Seksyen 4(1) dimana larangan demonstrasi jalanan adalah bersifat perlembagaan.
Dalam pada itu, Adam Adli pernah didakwa bersama aktivis Jingga 13, Mohd Fariz Musa pada tahun 2015.
Pada 2 November, Mohd Fariz, 47, dibebaskan tetapi tidak dilepaskan atas dakwaan menyertai demostrasi jalanan berkenaan oleh pihak mahkamah majistret.
Majistret membuat keputusan selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bahawa Peguam Negara membenarkan perwakilan peguam Mohd Fariz, Eric Paulsen untuk mengkaji semula pertuduhan terhadapnya.
Difahamkan, perwakilan itu dibuat kerana Mohd Fariz menghidap diabetes dan salah satu kakinya telah dipotong.
#Adam Adli Abdul Halim
#Ahmad Solihin Abd Wahid
#akta perhimpunan aman
#eric paulsen
#haram
#kitalawan
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Persekutuan
#Mohd Fariz Musa
#perhimpunan
#protes
#Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin