Akta Perlakuan Anti Sosial cegah mat rempit
Shahrul Hassan
Februari 3, 2018 22:39 MYT
Februari 3, 2018 22:39 MYT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat keperluan melaksanakan Akta Perlakuan Anti Sosial sebagai usaha bagi mencegah aktiviti lumba haram.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan pihak polis namun kegiatan lumba haram masih wujud terutama di kawasan bandaraya.
Jelasnya lagi, penguatkuasaan Akta Perlakuan Anti Sosial di kawasan tumpuan atau lokasi strategik dapat mencegah aktiviti seumpana itu serta perkara yang tidak diingini berlaku.
"Di bawah Akta Anti Sosial ini, pihak polis diberi kuasa untuk menyekat aktiviti seperti.
"Pihak polis diberi kuasa untuk menyuraikan mereka yang berada di tempat tertentu pada lewat malam dan kalau tidak akur, mereka boleh dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Pulau, di sini, hari ini.
Jelasnya undang-undang lebih tegas seperti Akta Perlakuan Anti Sosoal yang pernah disuarakan olehnya sebelum ini perlu kerana walaupun pihak polis sentiasa lakukan pemantauan, namun mereka tidak boleh berada di lokasi 24 jam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang murka dengan tindakan golongan mat remit yang terus menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini sebagai medan lumba haram.
#akta perlakuan anti sosial
#KDN
#lumba haram
#mat rempit
#Nur Jazlan Mohamed
#polis
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor