Akses tanpa kebenaran data pelanggan, Astro ambil tindakan serta-merta

Astro Awani
Ogos 22, 2019 17:13 MYT
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi pdpo@astro.com.my dan wecare@astro.com.my. - Gambar fail
Astro sedang mengambil tindakan serta-merta untuk menangani akses tanpa kebenaran yang membabitkan sekurang-kurangnya 0.2 peratus pelanggan syarikat itu.
Dalam satu notis yang dipaparkan di wecare@astro.com.my hari ini, Astro mengesahkan pihaknya telah memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan sedang bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara berkenaan.
“Kami tidak boleh memberi komen berhubung perkara berkenaan kerana siasatan polis sedang dijalankan,” kata Astro dalam kenyataan itu.
“Pihak Astro mengambil serius perlindungan peribadi pelanggan-pelanggan Astro dan sudah mengambil langkah seterusnya untuk mengukuhkan keselamatan data peribadi mereka,” kata Astro.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi pdpo@astro.com.my dan wecare@astro.com.my
#Astro #data peribadi #Jabatan Perlindungan Data Peribadi #pelanggan Astro #peribadi pelanggan #SKMM #Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
;