AKLEH ditutup sementara secara berperingkat untuk pembinaan Jambatan Saloma

Bernama
Mac 21, 2019 23:45 MYT
Penutupan sementara akan dilaksanakan di lorong, laluan masuk dan laluan keluar yang ditentukan di lebuh raya itu.
Beberapa laluan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup secara berperingkat bermula esok sehingga 7 April bagi memberi laluan kepada pembinaan jambatan penghubung Saloma oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).
Sehubungan itu AKLEH menasihati pengguna agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan trafik bagi perjalanan yang lancar.
Menurut kenyataan Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLintas), syarikat konsesi bagi AKLEH, penutupan sementara akan dilaksanakan di lorong, laluan masuk dan laluan keluar yang ditentukan di lebuh raya itu.
Menurut kenyataan itu lagi para pengguna oleh menghubungi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di talian 03-26926733, 03-26935733 atau talian bebas tol AKLEH 1-300-88-10 atau ikuti Twitter di @AKLEHtrafik atau laman web www.prolintas.com.my bagi maklumat lanjut.
--BERNAMA
#AKLEH ditutup #jambatan penghubung Saloma #Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur #Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu #PROLINTAS
;