Akibat terima rasuah RM1,300, polis bantuan ditahan SPRM
Astro Awani
Ogos 9, 2018 12:02 MYT
Ogos 9, 2018 12:02 MYT
Seorang polis bantuan berusia 33 tahun direman selama empat hari bermula hari ini disyaki menerima rasuah sebanyak RM1,300.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Ruslan Che Ahmad mengesahkan beliau ditangkap pada Rabu pada pukul 3.20 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Katanya, suspek disyaki telah menerima suapan sebanyak RM 1,300 daripada seorang warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat untuk menaiki penerbangan dari Malaysia ke Bandung, Indonesia.
Jelasnya, beberapa individu lain turut akan dipanggil susulan penahanan polis bantuan tersebut.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Aina Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan suspek disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
#Indonesia
#KLIA2
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Malaysia
#penerbangan
#polis
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
#suspek
#warga asing