Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka

Sinar Harian
Mei 18, 2018 21:31 MYT
Trak PDRM yang digunakan untuk membawa barangan dari kediaman Najib semalam. - Astro AWANI
Peti besi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama berjaya dibuka.
Difahamkan, dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman itu.

Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang.

"Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai," katanya, enggan mengulas lannjut.

BACA: Tukang kunci dipanggil untuk buka peti besi di rumah Najib

Bagaimanapun, difahamkan jumlah wang tunai itu masih belum dapat dipastikan.

#kediaman #keluarga #Malaysia Baharu #menteri #Najib Razak #Operasi pencarian #peti besi #Rosmah Mansor #wang tunai
;