Akhirnya Nurul Izzah buka mulut, beri respons kepada "warkah 'kekanda' Mujahid"

Luqman Hariz
Disember 29, 2018 15:03 MYT
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyelar warkah itu sebagai tidak manis dan merendahkan darjat. - Gambar fail BERNAMA
EMPAT hari berselang sudah selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengutuskan warkah kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Akhirnya hari ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersuara mengenainya.
Dalam satu kiriman tweet hari ini, Izzah menggelar warkah itu sebagai ‘tidak manis’ (inappropriate) dan ‘merendah-rendahkan darjatnya’ (condescending).

Good intentions notwithstanding, I have actually informed Dato the public letter was inappropriate and condescending. Best we all focus on real issues. https://t.co/puH1VOIz4J

— Nurul Izzah (@n_izzah) December 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 25 Disember lalu, Mujahid memuat naik status di Facebook berjudul ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ sewaktu dalam perjalanan dari bandar bersejarah itu ke ibu kota Sepanyol, Madrid.
Dalam warkah itu beliau menggunakan gelaran “kekanda” untuk merujuk kepada dirinya dan “adinda” untuk merujuk kepada Nurul Izzah.
Ditulis sebagai respons kepada peletakan jawatan Nurul Izzah daripada Parti Keadilan Rakyat dan kerajaan, Mujahid berkata ia ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik kepada beliau menghargai nilai kesusasteraan bahasa ibunda.
Warkah itu lantas menjadi viral di media sosial; mengumpul 15,000 komen dan lebih 8,800 perkongsian di Facebook setakat petang ini.
Jolokan “kekanda” dan “adinda” juga sering digunakan secara berjenaka oleh netizen sejak warkah itu ditulis.
Malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak terlepas berjenaka mengenai.
Sebelum ini ketika ditanya sama ada Nurul Izzah membalas warkah itu, Mujahid berkata ianya “rahsia”.
#Mujahid Yusof Rawa #Najib Razak #Nurul Izzah #Parti Keadilan Rakyat #PKR #warkah #warkah cordoba #warkah mujahid
;