Akaun TikTok JPJeBID adalah palsu - JPJ

Afiezy Azaman
April 24, 2023 12:30 MYT
JPJ menafikan mempunyai akaun TikTok JPJeBID serta mengeluarkan apa-apa risalah berhubung penjualan nombor pendaftaran seperti di akaun tersebut. - Foto TikTok
KUALA LUMPUR: Penjualan nombor pendaftaran dan penggunaan logo JPJeBID melalui aplikasi TikTok adalah palsu.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan, pada Isnin.
"JPJ mengambil berat isu tular mengenai penjualan nombor pendaftaran dan penggunaan logo JPJeBID melalui platform TikTok.
"Untuk makluman JPJ tidak mempunyai akaun TikTok JPJeBID serta mengeluarkan apa-apa risalah berhubung penjualan nombor pendaftaran seperti di akaun tersebut," katanya.
Justeru itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.
Katanya, JPJ sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan jalan raya demi kesejahteraan orang awam khususnya pengguna jalan raya.
#JPJeBid #TikTok #palsu #JPJ
;