Akaun Telegram, WhatsApp Zahid Hamidi digodam untuk minta wang

Hasimi Muhamad
Februari 16, 2022 12:18 MYT
Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau ketika ini ndalam proses mendapatkan semula akaun tersebut. - Foto Twitter/Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Akuan media sosial Telegram dan WhatsApp Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam kemas kini di laman Twitter hari ini.
Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau ketika ini dalam proses mendapatkan semula akaun tersebut.
“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” demikian tulisnya.

Akaun Telegram Dan whatsapp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan. Saya dalam proses mendapatkan semula Akaun.@PDRMsia @MCMC_RASMI pic.twitter.com/dfsaH0hXa3

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) February 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam entri tersebut, Ahmad Zahid turut memuat naik dua tangkap layar daripada individu yang dipercayai menggodam aplikasi sosial miliknya.
Menerusi perbualan tersebut, individu berkenaan dilihat menggunakan identiti Ahmad Zahid untuk meminta wang.
#Ahmad Zahid Hamidi #Telegram Zahid Hamidi digodam #UMNO #berita Malaysia
;