Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam

Bernama
Ogos 8, 2022 16:30 MYT
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Akaun Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam ini telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.
"Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa," menurut ciapan itu.
BACA: Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima - PM
Petang tadi, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.
-- BERNAMA
#akaun telegram #Saifuddin Abdullah #Menteri Luar #digodam