Akaun yang memuat naik berita kononnya sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang dari radar, adalah palsu, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata berita palsu itu dimuat naik atas nama samaran 'Sharifah Sofia Syed Rashid'.
Sehubungan itu, katanya SKMM sedang menyiasat dan mengesan pihak yang memuat naik berita palsu itu kononnya pesawat MAS hilang daripada radar dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Melbourne.
Siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita yang palsu dengan niat untuk mengganggu orang lain.
"SKMM ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang berita yang belum ditentukan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Zulkarnain meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai akaun atau mana-mana pihak berkaitan boleh menghantar maklumat berkenaan kepada aduanskmm@cmc.gov.my.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia pada 23 Feb, hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.
Pada 24 Feb, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman yang menafikan berita itu, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari KLIA pada 10.07 malam telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).
Gadis yang memuat naik berita itu turut dikecam para pengguna Facebook kerana didakwa cuba menyebarkan berita palsu.
Bernama
Fri Feb 26 2016
Penerbangan MH149 selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia) pada 24 Feb lalu. - Gambar hiasan
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.