AJK PAS Pusat Dzulkefly Ahmad cedera diserang lelaki selepas solat Subuh
Astro Awani
Mac 5, 2015 10:26 MYT
Mac 5, 2015 10:26 MYT
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan telah dipukul dan ditumbuk di bahagian muka dan dahi oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Shah Alam, awal pagi tadi.
Serangan yang berlaku sebaik sahaja beliau pulang dari solat Subuh itu telah menyebabkan bibirnya pecah dan kepalanya bengkak.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, Dr Dzulkefly turut diugut oleh penjenayah tersebut dengan kata-kata “Kenapa kurang ajar sangat?”.
Suhaizan yang mengeluarkan kenyataan di dalam Facebooknya pagi tadi berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut dilakukan oleh pihak yang mahu membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.