AirAsia X tandatangani MoU bernilai RM4.91 bilion

Astro Awani
April 28, 2014 11:02 MYT
AirAsia X mendantangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding) bersama GE yang bernilai $1.5 bilion (RM4.91 bilion) yang disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Menurut perjanjian tersebut, GE akan menyediakan 50 enjin dan penyelenggaraan untuk 25 pesawat baharu Airbus A330 milik AirAsia X, anak syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh milik kumpulan kumpulan AirAsia.
Perjanjian ini akan memberi sokongan kepada 25,000 pekerjaan penyelenggaraan enjin untuk GE di Cincinnati, Ohio, Durham, North Carolina, Rutland, Vermont dan juga perkerjaan kepada 150 pembekal GE di 34 negeri.
Susualan itu, Air Asia telah menempah 600 enjin GE atas aspek teknikal, kecekapan minyak dan harga yang kompetitif.
MoU ditandatangani oleh CEO Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Naib Pengurusi, Presiden dan CEO GE Global Growth & Operations John G Rice.
Sementara itu, Sime Darby akan mengambil pegangan sebanyak 30 peratus dalam Verdezyne, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di San Diego.
Syarikat berkenaan akan menggunakan pelaburan berkenaan sebagai dana untuk usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mewujudkan 300 pekerjaan.
Kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia AmBank Group pula menandatangi MoU bersama MetLife atas usaha menubuhkan satu perkongsian untuk mengembangkan insurans hayat di rantau ini, termasuk produk khusus untuk pelanggan Islam menerusi Takaful.
Dalam perjanjian tersebut, MetLife akan memiliki 50 peratus dan satu saham dalam anak syarikat AmBank Insurance, AmLife. Baki saham akan dimiliki oleh AmBank. Ia akan memberi sokongan dan meningkatkan kepakaran pekerja di Amerika Syarikat dan Malaysia.
Sementara itu, pemeteraian tiga MoU antara syarikat Malaysia dan Amerika itu disifatkan sebagai peristiwa signifikan dalam hubungan dagangan antara kedua negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata langkah itu juga menepati hasrat Malaysia menjadi negara maju yang berasaskan industri berteraskan pengetahuan.
Dalam bidang penerbangan umpamanya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Air Asia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes melihat MoU yang ditandatanganinya antara Air Asia X dengan GE mampu meningkatkan lagi rangkaian perkhidmatan udara.
#air asia x #ambank #Barack Obama #MoU #Najib Tun Razak #Sime Darby #Tony Fernandes
;