AirAsia sambung semula operasi penerbangan terhad keluar dan masuk Bali
Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 2, 2017 08:51 MYT
Disember 2, 2017 08:51 MYT
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia hari ini mengeluarkan kenyataan untuk terus mengendalikan beberapa penerbangan terhad keluar dan masuk ke Bali, Indonesia.
Ia berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada Rabu.
Sebelum ini, AirAsia terpaksa menangguh kesemua penerbangan keluar dari destinasi pulau peranginan popular itu berikutan letusan gunung berapi Agung yang mula memuntahkan asap dan debu.
Bagaimanapun, beberapa penerbangan daripada Singapura dan Perth ke destinasi yang sama terpaksa dijadualkan semula.
AirAsia turut menawarkan pilihan masa penerbangan yang tertangguh ke masa yang berlainan kepada penumpangnya dalam tempoh 30 hari.
AirAsia bagaimanapun masih membatalkan kesemua penerbanganya ke Lombok sehingga notis seterusnya.
#AirAsia
#Australia
#Bali
#Bangkok
#batal
#Denpasar
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Gusti Ngurah Rai
#Indonesia
#Kuala Lumpur
#lapangan terbang
#Lombok
#penerbangan
#Perth
#Singapura
#tangguh
#tiket