KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) secara rasmi ditukar kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta merta.
Ia selepas kejayaan pendaftaran nama tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diumumkan pada 3 Januari lalu, dan kelulusan rasmi telah diterima semalam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes pertukaran nama kepada Capital A tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.
Jelas beliau lagi, pertukaran nama tersebut mencerminkan strategi perniagaan teras baharu bagi Kumpulan itu sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, yang telah pantas mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan.
"Pada asasnya Capital A adalah sebuah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan yang luas yang memberikan nilai terbaik pada kos terendah, disokong oleh data kukuh yang dibina selama dua dekad. Kami juga merupakan salah satu jenama terkemuka di Asia, selain mempunyai budaya yang mengutamakan pelanggan dan kakitangan serta terus komited untuk berkhidmat kepada semua golongan.
"Sama seperti syarikat penerbangan kami yang menawarkan nilai dan perkhidmatan terbaik dari hari pertama ia ditubuhkan, semua bidang perniagaan kami yang berbeza akan beroperasi dengan strategi yang sama iaitu menjadikan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup mampu milik, mudah diakses dan inklusif untuk semua," katanya, di sini pada Jumaat.
Mengenai syarikat penerbangan, Fernandes berkata, jenama AirAsia akan kekal digunakan.
Dalam pada itu beliau menambah, melalui nama baharu itu juga ia akan meningkatkan lagi kebolehpasaran produk syarikat dan meningkatkan kejayaan kumpulan untuk masa depan.
Menjelang tahun 2026, Capital A antaranya menyasarkan untuk mencapai syarikat penerbangan menghubungkan lebih satu bilion orang di Asean.
"Dengan akses kepada lebih 700 juta orang di rantau ini, saya percaya terdapat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk jenama kami merentasi pelbagai industri berbeza dalam semua pasaran teras kami.
“Kami mempunyai 16 produk dan perkhidmatan di platform airasia Super App, menawarkan penerbangan dan keperluan gaya hidup seharian.
"Daripada makanan kepada barangan runcit dan e-dagang, kepada perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, e-panggilan dan banyak lagi.
“Semua perniagaan portfolio kami dijangka akan menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di seluruh Asia Tenggara, termasuk BigPay, bahagian kejuruteraan pesawat kami iaitu Asia Digital Engineering (ADE) dan usaha logistik kami iaitu Teleport,” ujarnya.
Fernandes juga berharap sempadan akan dibuka semula secara beransur-ansur sepanjang 2022 dan sekali gus akan melihat kapasiti kembali seperti biasa untuk perkhidmatan antarabangsa pada pertengahan hingga suku ketiga tahun ini.
“Sejak dua tahun lalu kami telah memanfaatkan masa penggantungan penerbangan untuk membina asas kukuh untuk masa depan yang berdaya maju dan berjaya, yang tidak bergantung kepada tambang penerbangan sahaja.
“Capital A melambangkan era baharu untuk syarikat penerbangan dan semua perniagaan portfolio kami dalam pada kami memulakan fasa pertumbuhan baharu.
“Sebaik sahaja syarikat penerbangan kembali ke tahap pra-COVID dalam masa terdekat, semua barisan perniagaan lain akan mendapat manfaat yang ketara dan melonjak ke tahap baharu dengan seiring,” tambah beliau.
Capital A mempunyai 16 produk dan perkhidmatan di platform airasia Super App, menawarkan penerbangan dan keperluan gaya hidup seharian.
Nama saham AirAsia di Papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad akan ditukar berkuat kuasa serta-merta untuk mencerminkan nama syarikat baharu itu.
Sebelum ini, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata cadangan nama Capital A Bhd diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 28 2022
![AirAsia kini dikenali Capital A Berhad AirAsia kini dikenali Capital A Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643350508_TBCAPITALA.jpg)
(Dari kiri): Presiden (Komersial) Capital A, Colin Currie; Presiden (Penerbangan) & Ketua Pegawai Kumpulan AirAsia Aviation Limited, Bo Lingam: Fernandes; dan Presiden (Venture) Capital A, Aireen Omar - Foto Capital A
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024