AirAsia beri amaran mengenai penipuan tiket palsu menggunakan jenamanya

Bernama
Mei 29, 2017 17:39 MYT
AirAsia Bhd mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai siaran di media sosial yang mendakwa ia menawarkan tiket penerbangan percuma melalui satu kaji selidik dalam talian. -Gambar fail
AirAsia Bhd telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai siaran di media sosial yang mendakwa ia menawarkan tiket penerbangan percuma melalui satu kaji selidik dalam talian.
Penipuan itu memerlukan peserta menjawab beberapa soalan bagi menebus baucar, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan hari ni.
"Ada satu lagi penipuan yang beredar di Facebook, menawarkan 268 tiket percuma sempena ulang tahun ke-28 AirAsia.
"Kedua-dua penipuan itu mengguna jenama AirAsia tanpa kebenaran dan bertujuan menarik orang ramai menyertainya," tambahnya.
Syarikat penerbangan itu berkata, ia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan berkaitan skim palsu tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram menggunakan jenama AirAsia itu.
-- BERNAMA
#AirAsia #amaran #kaji selidik #palsu #tiket penerbangan percuma #tiket percuma
;