Air Sungai Kelantan mulai melimpah ke Bandar Kota Bharu
Sinar Harian
November 30, 2024 13:10 MYT
November 30, 2024 13:10 MYT
KOTA BHARU: Air Sungai Kelantan mulai melimpah masuk ke Bandar Kota Bharu pada jam 12.24 tengah hari pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Air Sungai Kelantan mulai melimpah masuk ke Bandar Kota Bharu pada jam 12.24 tengah hari pada Sabtu, dengan paras air di hadapan Bangunan UMNO Kelantan mencecah 0.23 meter.
- Orang ramai yang tinggal berhampiran diminta supaya berhati-hati dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke semasa.
- Polis Kelantan sedang memantau situasi banjir dan memberikan maklumat terkini kepada penduduk.
Tinjauan Polis Kelantan mendapati air di hadapan Bangunan UMNO Kelantan sudah mencecah 0.23 meter.
Orang ramai yang tinggal berhampiran diminta supaya berhati-hati dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke semasa. -Sinar Harian