Air mata Kiah Pekasam: Penat tunggu bantuan, tiada yang endah

Harits Asyraf Hasnan
April 23, 2018 07:35 MYT
Mahu pekasam Lenggong bertaraf dunia perlukan kilang bertaraf GMP. Namun ia tidak semudah yang disangka. Ikuti pahit getir usahawan desa, Kiah Abdullah. - Foto Astro AWANI
Kiah Pekasam, nama yang cukup gah dalam industri keusahawanan pekasam bukan sahaja di negeri Perak malah di seluruh negara.
Namun, Kiah Abdullah yang memilih untuk meneruskan legasi resepi ibu mentuanya sejak 80 tahun lalu akui hidup sebagai usahawan tidak lekang daripada cabaran.
"Banyak persaingan itu tidak ada masalah sangat. Itu biasa. Cuma stok bahan basah atau mentah seperti beras, sekarang sudah naik harga, ikan setahun dalam tiga hingga empat bulan memang kurang ikan sungai, jadi saya dapatkan ikan laut," keluhnya ketika ditemui Astro AWANI.

#MalaysiaMemilih Setiap perniagaan ada cabaran. Persaingan bukan cabaran buat Kak Kiah. Tapi ia lebih daripada itu. @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/SoOMvlJ6LN

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jadi beliau mencadangkan agar diberi peluang kepadanya untuk menternak ikan sungai sendiri di kawasan Tasik Raban dan Sungai Perak yang berada berdekatan dengan rumahnya.

#MalaysiaMemilih Ikan tak cukup? Kiah cadangkan projek sangkar ikan sungai. Ini akan buka peluang pekerjaan kpd penduduk setempat. Ramai yang sedia jalani latihan ternakan ikan. Ada tanah, tapi tak cukup modal nak buka kilang. @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/z7LiIh0SZo

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perlu seperti sangkar ikan untuk ternak dan dijadikan ikan pekasam. Kalau buat sendiri, kos rendah sedikit kerana bila saya ambil dari luar, kos akan jadi lebih tinggi.
"Lagi satu saya perlukan kilang kerana bengkel saya ini kecil, tengok dekat belakang tu, kalau 20 tan saya ambil ikan, memang penuh sini," katanya yang juga pernah mengalami kerugian kerana tidak mempunyai fasiliti mencukupi terutama apabila bekalan ikan segar yang dihantar dalam kuantiti yang banyak.

#MalaysiaMemilih Umur sudah lebih 60, bank mana nak bagi makcik pinjam? - Makcik Kiah mengeluh, tidak tahu ke mana, agensi mana - saluran yang betul bagi membantunya. @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/KHvtYZpv8A

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau merupakan antara usahawan ikan pekasam yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti di Singapura menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala di Brunei, Scotland dan Arab Saudi hanya menerusi bantuan rakan-rakan.
Jelasnya, beliau gagal untuk menembusi pasaran luar negara secara komersil lantaran tidak mempunyai kilang mengikut piawai Amalan Pengilangan Baik (GMP).

#MalaysiaMemilih Namakan sahaja individu, agensi berkaitan; semua makcik Kiah sudah jumpa. LKIM? Jabatan Pertanian? Jabatan Perikanan? FAMA? Peladang? Ahli Parlimen? Semuanya sudah beliau mengadu @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/ibVANwdDtI

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kos keseluruhan buat kilang lebih kurang RM400,000 kerana saya nak buat kilang bertaraf GMP. Ini adalah taraf kilang yang membolehkan saya membuka pasaran di luar Malaysia. Kalau saya buat bengkel macam sekarang ini, kita tak boleh bawa jauh lagi. itu pun sebab ada kaki (rakan-rakan) yang tolong.
"Memang saya memerlukan pemimpin yang boleh bantu saya buat kilang. Memang saya tak sekolah tinggi, tapi kalau saya sekolah tinggi (berpendidikan tinggi) lagi, saya nak jumpa terus menteri.

#MalaysiaMemilih Kilang yang ingin dibina RM400,000. Ia bertaraf GMP, jadi pekasam boleh tembusi pasaran global secara lebih luas. Kawan-kawan tolong makcik Kiah memasarkan produk di Brunei, Singapura, Arab Saudi & Scotland. @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/XXSqggDUV7

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Itulah harapan saya dan saya amat mengharapkan suatu hari nanti bila ada rezeki, insyaAllah dapat. Tiap-tiap kali solat makcik berdoa," katanya sambil mengesat air mata.
Mana tidaknya, dia yang berusaha memiliki sebidang tanah berkeluasan tiga ekar untuk dijadikan sebagai kilang pekasam, gagal mendapat sebarang bantuan pinjaman atas faktor usia selain terus menanti kata putus daripada pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta agensi Kerajaan.

#MalaysiaMemilih Bila tiada kilang yang lengkap dgn fasiliti, makcik Kiah alami kerugian yang besar. Mana tidaknya, sekali stok ikan sampai berpuluh tan. Tiada kotak ais. Terpaksa pinjam dgn Jabatan Perikanan - setiap tahun! @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/oQcmvrDMFO

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya luahkan pasal sangkar ikan kepada Jabatan Perikanan, tapi mereka suruh minta LKIM dan hingga hari ini mereka belum bagi jawapan.
"Pasal kilang, saya mohon daripada LKIM, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Peladang, FAMA dan banyak agensi saya mohon. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah pun saya pernah mengadu. Tapi belum ada jawapan sampai hari ini. Saya masih harap jawapan itu," ujarnya.

#MalaysiaMemilih Harapan... Makcik Kiah terus mengharap harapan itu jadi realiti. Air mata akhiri pesanan Makcik Kiah kepada pemimpin yang akan meneruskan kepimpinan akan datang @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/bFkPY2evFu

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau cuma mengharapkan agensi dan pemimpin masyarakat dapat menyalurkan beliau ke pihak yang sewajarnya yang boleh membantunya dalam mengembangkan lagi perniagaan di peringkat global.
Tegasnya, manfaat itu bukan untuk diri mahupun keluarganya, sebaliknya ia akan memperkasa penduduk setempat yang akan bekerja dengannya selain menaikkan nama Lenggong sebagai hab ikan pekasam global.

#MalaysiaMemilih Akhiri perbualan saya dengan Makcik Kiah, ada penghargaan yang ingin disampaikannya kepada semua terutama pemimpin masyarakat & agensi kerajaan @501Awani #IniKisahKita #IniManifestoSaya pic.twitter.com/AKpHdkarT1

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) April 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arab Saudi #Brunei #ikan pekasam #Kiah pekasam #MalaysiaMemilih #menteri #pemimpin #Scotland #Singapura #usahawan #usahawan desa
;