Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Salim Aziz
Januari 20, 2018 11:37 MYT
Januari 20, 2018 11:37 MYT
Air tadahan Gunung Inas yang menjadi sumber air utama beberapa kampung di Baling sepatutnya kelihatan jernih.
Namun sejak sebulan lalu ia berubah warna.
Air keruh tidak ubah seperti teh tarik keluar bersama tanah dan selut.
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.
Pencemaran air itu dikaitkan penduduk dengan aktiviti pembalakan.
Keadaan ini membimbangkan penduduk kerana pada masa akan datang, kesan daripada aktiviti pembalakan itu akan memusnahkan kawasan tadahan air untuk mereka selama-lamanya.