Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen - Bapa

Madiha Abdullah
Jun 16, 2019 21:25 MYT
Ainul Mardhiah sudah tidak perlukan bantuan oksigen dan boleh bernafas sendiri. -Instagram/ @_nrlerwani
BAYI istimewa, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, terus menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya, 10 Jun lalu.
Berita baik itu disampaikan bapanya Ahmad Safiuddin menerusi entri di Facebook.
“Alhamdulillah, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen. Sekarang Ainul boleh bernafas sendiri,” tulisnya.
BACA: Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
Safiuddin sebelum ini berkongsi kisah menyayat hati bagaimana puterinya itu terpaksa berjuang apabila mengalami jangkitan kuman, tiga hari selepas tiba di London untuk menjalani rawatan dan pembedahan.
Namun semangat si kecil itu sangat kuat dan masalah itu berjaya diatasi selepas melepasi tempoh seminggu di bandar raya metropolitan tersebut.
BACA: Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
BACA: "Hari ini saya nampak dia senyum" - Bapa Ainul
BACA: 'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'
Ainul Mardhiah sebelum ini menghidap kanser 'germ cell tumor' selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Pembedahan itu diketuai Prof David Dunaway, selain turut membabitkan doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Juling Ong.
#Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin #bayi #Facebook #Germ Cell Tumor #Hospital #London #oksigen
;