Aidilfitri: Terengganu awalkan cuti peristiwa

Bernama
Mei 1, 2022 04:00 MYT
AHMAD SAMSURI: Kerajaan Negeri bersetuju menjadikan hari Rabu, 4 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) menggantikan hari Khamis, 5 Mei. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju menjadikan Rabu ini (4 Mei) sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi menggantikan hari Khamis (5 Mei) sebagaimana diumumkan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Memandangkan tarikh perayaan 1 Syawal 1443H jatuh pada hari Isnin, 2 Mei (esok), Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Rabu, 4 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) menggantikan hari Khamis, 5 Mei.
Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin," katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.
-- BERNAMA
#Ahmad Samsuri Mokhtar #Aidilfitri #terengganu #cuti peristiwa
;